Tuesday, 5 July 2005

Happy Birthday Mom

Happy 69th birthday dearest mom! My mother lives in Kamunting, Taiping.

Sunday, 3 July 2005

Afal ke Arau

Masa berlalu dengan pantas sekali...ketika aku di Adelaide untuk menyiapkan proposal penyelidikanku, isteri di Malaysia melihat anak kedua kami, Afal memohon tempat memasuki IPTA. Minatnya terhadap sukan, khususnya bolasepak membuatnya mahu memohon bidang sains sukan di UiTM. Pada bulan Mac-April 2005 lalu isteri bersendirian menguruskan Afal ke tempat temuduga selepas mendapat panggilan dari universiti. Aku hanya mampu mendapat berita dari isteri melalui SMS dan Yahoo messenger setelah selesai Afal melalui ujian interview. Iringan doa agar dia beroleh kejayaan...... begitu doa ku dari jauh.

Hari ini kami akan menghantar Afal ke Arau, Perlis. Jam 3:00 pagi aku digerakkan oleh isteri. Rupanya mereka (isteri, Afal dan Ayin) tidak tidur! Pukul 3:15 pagi kami bertolak ke Taiping. Jam 5:45 pagi kami sudah tiba di tol Kamunting dan sampai rumah opahnya jam 6:00 pagi. Setelah selesai sembahyang subuh kami bersarapan dengan opah. Kemudian kami terus ke Utara. Afal memandu kereta dari Kamunting ke Gurun. Lepas tu aku memandu masuk Alor Setar Selatan dan terus ke Kangar. Sebelum sampai Kangar, kami masuk jalan pintas ke Arau melalui sawah dan ladang yang luas terbentang. Sejuknya hati melihat kampung dan landskap desa yang indah permai.
Gambar kiri menunjukkan Afal (berbaju putih, tengah) sedang berbaris untuk mendaftar di dewan UiTM Arau.

Nampaknya Ayin (berbaju oren sedang minum) tidak mahu melepaskan peluang mengiringi abangnya ke dewan pendaftaran. Dia juga mahu mengikuti jejak abangnya untuk mengambil jurusan sain sukan!