Salam semua
Susulan daripada cadangan myparks untuk menganjurkan Bengkel Landskap Warisan 2009 ini, saya memohon sukarelawan dari kalangan pelajar yang pernah mengambil kursus ini (yang berada di Shah Alam) untuk berjumpa di ofis saya. Tujuannya adalah untuk berbincang mengendalikan bengkel, mohon budget dan persiapan tempat dll. Saya mengalu-alukan penglibatan dari pelajar ini (juga bakal pelajar kursus ini!) kerana mereka mempunyai latarbelakang mengenai landskap warisan ini.
Sedikit penjelasan mengenai bengkel:
Apa itu Landskap Warisan:
Di iktiraf sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1992, landskap warisan atau landskap budaya adalah satu tinggalan warisan manusia yang cukup signifikan yang mewarnakan sesuatu tamadun itu. Setiap bangsa dimuka bumi ini telah mencorakkan identitinya melalui landskap yang dihuni oleh bangsa itu. Dari Amerika ke Jepun wajah bangsa dibaca menerusi landskapnya. Kenapakah landskap di Barat berbeza dengan landskap di Asia? Kenapakah landskap bandar berbeza dengan landskap desa? Apa, siapa, kenapa dan bagaimana landskap terhasil?
Landskap kini menjadi penting kepada dunia kerana ia merupakan satu wadah yang menggambarkan proses pertembungan diantara manusia (budaya) dan landskapnya (alam semulajadi). Wadah ini amat penting kerana dengannya kita dapat membaca apa yang telah tersurat (bentuk landskap yang terhasil) dan yang tersirat (amalan budaya).
Di Malaysia istilah landskap masih tidak difahami maksudnya walaupun penggunaan istilah itu cukup meluas. Di Indonesia landskap bermaksud saujana (vista) dan kini diiktiraf sebagai warisan Indonesia yang dilindungi dan dipelihara. Ketika proses pengubalan Akta Warisan Negara pada tahun 2005 myparks telah menghantar satu memorandum mengenai konsep landskap warisan kepada kerajaan.
Menurut Unesco ada tiga jenis landskap yang diiktiraf sebagai warisan:
· Landskap binaan (Designed landscape)
· Landskap evolusi (Continuing/Evolved Landscape)
· Landskap bersekutu (Associative Landscape)
Saya akan menerangkan jenis-jenis landskap warisan tersebut dalam posting akan datang.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment